- Tak ada masalah pun jika di simpan walaupun bermula dengan gram yang kecil, waima 1 gram sahaja kerana ianya adalah mampu milik.
Siapa kata emas hanya orang kaya je boleh beli. Semua golongan pun boleh miliki aset emas.
- Jika simpan emas rasa sayang untuk dijualkan. Ini lebih selamat dan dapat disiplinkan diri.
Kalau RM ada di bank pun mudah sahaja untuk bocor, inikan pula RM di tangan. SEMAK duit anda sekarang ada tak simpanan dana kecemasan? Tapi emas sangat berbeza. Tak percaya boleh cuba.
- Menabunglah emas selama mana pun, lagi lama, lagi bernilai. Ianya kalis inflasi.
Bila kita simpan emas, itu bermakna kita menyimpan nilai. Jumlah berat mungkin kekal tidak bertambah, tetapi nilai disebaliknya semakin meningkat untuk jangka panjang.
Apa itu inflasi?
Inflasi ialah kadar kenaikan harga yang berlaku hampir setiap tahun.
Contoh inflasi :
Harga sebungkus lemak boleh dibeli kurang dari 0.20 sen pada tahun 1980-an
Tahun 2020 perlu ada sekurang-kurangnya RM2 untuk beli sebungkus nasi lemak.
Betul ke betul..?
Kesimpulannya.
Emas simbol kekayaan ketika senang dan menjadi pelindung ketika gawat.
Begitulah.
1gram 1bulan
Sumber: Umi Madihah.com



